Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 10
10 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2025 (Rabu) dan 13 April 2025 (Ahad), Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar bagi Minggu ke 10 telah diadakan secara atas talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Program tersebut telah dihadiri oleh dua orang peserta pada hari Rabu dan seorang pada hari Ahad. Kelas ini dijalankan oleh pihak NADI Mahir Pertanian Pintar sendiri.
Minggu ke 10, peserta NADI Mahir Pertanian Pintar telah mempelajari tentang teknologi lepas tuai dan pembungkusan. Teknologi lepas tuai merujuk kepada segala proses selepas tuaian yang memastikan hasil pertanian tidak rosak sebelum sampai ke pengguna.
Program ini sangat bermanfaat kepada komuniti yang sememangnya berminat dengan pertanian berteknologi bagi memudahkan penanaman sayuran dengan terancang. Semoga semua peserta dapat mengadaptasikan pelajaran yang disampaikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: